Get Adobe Flash player

JEMPUTAN MENYERTAI DELEGASI KEMENTERIAN PERTANIIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA KE REPUBLIK RAKYAT CHINA BAGI MENANDATANGANI PROTOKOL IMPORT SARANG BURUNG WALIT MALAYSIA – REPUBLIK RAKYAT CHINA

(04 Sept 2012)

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan segala hormatnya  ingin menjemput ahli- ahli  Persatuan Perusahaan Rumah Burung Layang-Layang Dan Sarang Burung, Sabah (SWIFIN) untuk menyertai delegasi kementerian ini ke Republik Rakyat China (RRC) bagi upacara menandatangani protocol import sarang burung walit Malaysia – RRC pada 19 September 2012 (Khamis) di Nanning, RRC. lokasi dan masa akan dimaklumkan kemudian.

Di kesempatan majlis tersebut, satu sesi taklimat bersama pihak the General Administration of Supervision, Inspection and Quaratine (AQSIQ ),RRC kepada pengusaha dan pengeksport sarang burung walit Malaysia akan diadakan selepas majlis menandatangani protokol tersebut.